skip to main |
skip to sidebar
Dari album : “Rock 'N' Roll Pie” (1996)
Keluaran : 1996
Penerbit : Search
Terbitan : Go-Search Sdn Bhd
Edaran : BMG Music (Malaysia) Sdn Bhd
Nantikan Gerimis [Amy & Aceh / Kristo Bimbo - 6.13]
Biar Diserang Gemuruh
Masih Bisa Kudengarnya
Tangismu Wahai Kekasih
Mendayu-dayu
Menyeru ku Ke Pangkuanmu
Setiap Titis Gerimis
Bagai Duri Yang Menikam
Namun ku Masih Bertahan
Masih Kugenggam
Janji Kuberikan Padamu Perawan
Bila Malam ku Diusik Kenangan
Bisikanmu Menggoda Perasaan
Mataku Pejam
Wajah Ayumu Kubayangkan
Senyummu
Tawamu
Riangmu
Jadi Penawar
Biarpun
Langkahku Sedang Dibelit Sengsara
Seluruh Hatiku Dicengkam Derita
Kau Tak ku Lupa
Usah Ditangis
Oh Kasihku
Usah Diundang Gerimis Itu
aku Di Sini
Perlukan Mu
Untuk Sandarkan Impianku
Dari album : “Rock 'N' Roll Pie” (1996)
Keluaran : 1996
Penerbit : Search
Terbitan : Go-Search Sdn Bhd
Edaran : BMG Music (Malaysia) Sdn Bhd
Seroja [M. Nasir / S. Amin Shahab - 4.28]
Terpancar sejalur cahaya
Di kelopak nya seroja
Bak gemilang samarenda
Memukau mata hati ini seketika
Lamunanku tersentak
Lalu ku mendongak
Gemuruh rasa
Terpaku sukma
Terkena lontaran senyuman misteri
Siapa gerangan sang puteri
Mengalung cinta dileherku
Dan terus berlari
Aku cuba menangkap bayang bayangnya
Di antara kembang seroja tasik cinta
Tapi malangnya jatuh ke lembah
Berduri dan sepi
Puteri Seroja...
Dari album : “Gema Di Timur Jauh” (1995)
Keluaran : 1995
Penerbit : M. Nasir
Terbitan : Go-Search Sdn Bhd
Edaran : BMG Pacific Sdn Bhd
Bersalah Atau Tidak [M. Nasir - 5.21]
Hujan di tengah hari ini
Bagai memberi tanda
Berakhir sebuah cinta
Oh! retak yang telah terbelah
Tak perlu di ratapi
Usah disesali
Bersalah atau tidak
Bukan persoalan bukan sebab
Hanya perasaan yang telah terpadam
Bukan mudah selami
Jiwa yang angkuh
Cita cita yang mengelirukan diri
Mendustai hati
Walau apa terjadi
Roda hidup terus berputar
Menjadi teman kita
Menggilis kita (jiwa)
Dari album : “Gema Di Timur Jauh” (1995)
Keluaran : 1995
Penerbit : M. Nasir
Terbitan : Go-Search Sdn Bhd
Edaran : BMG Pacific Sdn Bhd
Roket [M. Nasir / Kristo Bimbo - 5.15]
Tercipta sebentuk
Bintang baru
Di ruang mata menggodamu
Memaksa aku
Memakai lamina
Kulit dan rendaku...ah
Memasang lencana
Di atas dada
Dan menghidupkan semula
Jentera berkuasa roket ku...
Terbakar
Membakar
Ku bakar kerna mu
Berapi
Mengapi
Ku api untuk mu
Dapatkan
Mesti mencuba
(Cuba sedaya Upaya)
Gunakan segal daya luar dan dalam
Oh...
Kerna mu
Oh...
(Untuk mu)
(Hanya untuk mu)
Barsalah atau tidak
Hujan di tengah hari ini
Bagai memberi tanda
Berakhir sebuah cinta
Oh! retak yang telah terbelah
Tak perlu di ratapi
Usah disesali
Dari album : “Gema Di Timur Jauh” (1995)
Keluaran : 1995
Penerbit : M. Nasir
Terbitan : Go-Search Sdn Bhd
Edaran : BMG Pacific Sdn Bhd
Jeritan Rindu [M. Nasir / Cenderawasih - 5.38]
Susun semula
Rindu syahdu
Yang bertaut di kalbu
Menjadi tangga
Doa kabul
Ku yang mnyintaimu
Aku yang menjerit jerit namamu itu
Mengharapkan balasan
Kau memanggil mesra
Nama ku pula
Tapi sayang kau membisu
Yang terdengar hanya tangisan
Hanya tangisan ku sendiri
Yang terdengar hanya rayuan
Hanya rayuan yang masih
Berkumandang di taman ini
Mencecah langit alam
Jatuh kembali dalam diri
Dari album : “Gema Di Timur Jauh” (1995)
Keluaran : 1995
Penerbit : M. Nasir
Terbitan : Go-Search Sdn Bhd
Edaran : BMG Pacific Sdn Bhd
Pinball Superhero [M. Nasir / Loloq - 4.50]
Kau lihat guli keluli
Ku mencecah ke seratus
Di dunia mesin pinball superhero
Kau pun bersedia
Jadi galang gantinya
Puteri yang telah ku tawan
Melangkah bersama
Kedunia senja
hai, hai, hai, hai...
Hei babe!
Tak kisah
Apa mentari bertembung dengan bulan
Hei babe!
Dan kenyataan bercampur sedikit khayalan
Hei babe!
Peduli apa makhluk serigala
Hei babe!
Kita pun apa kurangnya
Kitalah watak watak perkasa
yang kita mimpi mimpikan dulu
Tagak jangan tagak
Jazam sampai jaya
Tak kisah babe!
Tak kisah babe!
Dari album : “Gema Di Timur Jauh” (1995)
Keluaran : 1995
Penerbit : M. Nasir
Terbitan : Go-Search Sdn Bhd
Edaran : BMG Pacific Sdn Bhd
Hello Kawan! [M. Nasir & Search / M. Nasir - 5.12]
Hello kawan! apakah khabarmu
Masihlah ingat pertalian kita?
Hello kawan! kini aku datang
Dari perjalanan seribu kisah (cinta)
Aku tak pernah melupakan mu
Walau disini rumput menghijau
Tiada lara pengorbananmu
Memuncak nilai kemanusiaan
(Menjunjung)
Kita berserta dalam perjuanganmu
Merasa sengsara dalam
Merasa perlu
Merasa
Hello kawan!
Hello kawan...
Dari album : “Gema Di Timur Jauh” (1995)
Keluaran : 1995
Penerbit : M. Nasir
Terbitan : Go-Search Sdn Bhd
Edaran : BMG Pacific Sdn Bhd
Menuju Puncak [M. Nasir & Search / Keon - 5.11]
Mendaki ke puncak mimpi yang bertebaran
Biar terlipat sendi seribu tulang
Meronta ronta
Jiwa ini
Merempuh belukar ganas yang berlumpuran
Mendaplah jejak dari ribuan jalan
Usah terpedaya peluh sendiri
Akan terlepas walau di dakapi
Menuju puncak
Seribu damai
Menuju puncak
Megah berdiri
Membara
Menuju puncak
Berbekal tekad
Yang penuh membara
Sorokkanlah padanya
Hanya itu yang masih berharga
Dalam pangkuan
Bisa terlerai
Bisa terlerai
Menuju ke puncak
Biar pun terluka
Berbekalkan tekad penuh membara
Pada hati yang pejal tiada berongga
Ku tinggalkan segala perih tersisa
Menuju puncak
Menuju puncak
Dari album : “Gema Di Timur Jauh” (1995)
Keluaran : 1995
Penerbit : M. Nasir
Terbitan : Go-Search Sdn Bhd
Edaran : BMG Pacific Sdn Bhd
Cintaku Hilang Bisanya [M. Nasir / Usop - 5.50]
Binasa aku seandainya
Sentuhan cintaku kehilangan bisa
Sekian lama
Ku bajai
Kau racun sehingga layu
Dan kering oh...oh
Terperangkaplah aku
Dalam suratan
Kejujuran tiada harga
Hanya tulus yang mampu
Ku berikan padamu
Tanpa cinta
Ku tak berdaya
Salahlah takdir
Yang telah direncanakan
Ataupun perpisahan
Menjadi percaturan
Kerana cinta
Aku yang menjadi korban
Biarlah ku berundur
Itu yang engkau mahu
Aku tak berdaya
Dari album : “Gema Di Timur Jauh” (1995)
Keluaran : 1995
Penerbit : M. Nasir
Terbitan : Go-Search Sdn Bhd
Edaran : BMG Pacific Sdn Bhd
Laila Namamu Teratas [M. Nasir / Cenderawasih - 4.30]
Nama Mu Teratas Indah Bercahaya Laila
Menerangi Ruang Hati Bersama Makna Mimpi
Kesucianmu Kembalikan Semangatku
Mendampingi Cinta ku Yang Lalu
Harum Tubuhmu Memulihkan Inderaku
Menghidu Semula Haruman Di Taman Itu
dan Gerbang Rambutmu Diterbangkan Bayu
Melambaiku Pergi
Meninggalkan Penjara ku Yang ku Dirikan
Melindungi Diri Yang Tercalar
Dihiris Dunia Kejam
Hanya Namamu Laila Kekasihku Laila
Hanya Namamu Laila Bermain Di Jiwa
Dari album : “Rampage” (1992)
Keluaran : 1992
Penerbit : Search
Terbitan : Go-Search Sdn Bhd
Edaran : BMG Pacific Sdn Bhd
Nirmala [Search / S. Amin Shahab - 5.22]
Kasih Nirmala
Kasih Yang Tak Ternoda
Cinta Yang Terlindung
Daripada Cacat Cela
aku Menumpang
Di Bawah Payung Sutera
Kasih Nirmal
Terbukti Suci dan Sempurna
Jelas Kelihatan
Pada Tiap Perbuatan
Tak Mungkin Tercapai
Oleh Khayalan Insan
Satu Saat Terkenang Rindu
Hilang Sekurun Resah dan Pilu
Memancar Cahaya Sinar Purnama
Kasih Nirmala Sampai Kemuncaknya
Engkau Merestui
aku Menerimanya
Satu Yang Hakiki
Sama Yang Saksama
Kita Ternyata Satu dan Semua
Dari album : “Rampage” (1992)
Keluaran : 1992
Penerbit : Search
Terbitan : Go-Search Sdn Bhd
Edaran : BMG Pacific Sdn Bhd
Nigina [Search / Dr. Wan Zawawi - 5.35]
Nigina
Apakah Yang Membara
Di Hati Kecilmu
Kiniku Terharu Sayu
Nigina
Gadis Timang Dimanja
Membelai Rindu
Melagu Harapan Seribu
Nigina
Ke Sini dan Ke Sana
Kekosongan Menyiksa
Robohnya Persada Bahagia
Potret dan Waktu
Mengusik Dikalbu
Mencuit Sendu
Kau Anak Semesta
Impikan Keindahan Berjuta
Oh
Oh
Malam Meratapi
Lembaran Tragedi Laramu Ini
Kian Dilamun Ilusi
Kian Membakar Diri
Kau Ibarat Kuntum Bersemi
Menunggu Mentari
Memancar fitrah Pagi
Agar Mimpi Sucimu Abadi
Dari album : “Karisma” (1990)
Keluaran : 1990
Penerbit : M. Nasir
Terbitan & Edaran : BMG Pacific Sdn Bhd
Sutera Atau Rayon [Aceh / S. Amin Shahab - 5.50]
Jika kau seteru
Pena ini pedang untukmu
Puisiku ini
Hanya racun dalam madu
Dan suaraku
Akan pasti menjadi guruh
Yang menyambar
Dan pastikan membakar
Rayon cintamu
Jika kau seteru
Laguku menjadi peluru
Pastikan meledak
Menembusi telinga itu
Layu bunga
Kerana kehilangan madu
Layu cinta
Tak dapat memenuhi hasrat rindu
Andainya engkau kekasihku
Penaku menjadi seruling
Menghembus irama rindu
Tanda kasih tak berpaling
Rayon palsu
Pasti akan lusuh...
...aahhh
Rayon
Berganti sutera sejati
...aahhh
Dari album : “Karisma” (1990)
Keluaran : 1990
Penerbit : M. Nasir
Terbitan & Edaran : BMG Pacific Sdn Bhd
Teguh [M. Nasir / Bob - 4.57]
Segalanya sudah bermula
Ku hanyut dalam arus dunia
Hanya kerna pengertian
Engkau menanti
Terlupa janji-janji indah
Bila hidup semakin berubah
Mengejar kekayaan
Kau kutinggalkan
Maaf sayang, oh sayang
Kelam hatiku ini
Bila bersama kita sengsara
Tanpa harta
Oh sayang, oh sayang
Tergoda jiwaku ini
Pada tipu perdaya yang menanti
Hinggakan luntur wajah kasihmu
Di wajahku
Menduakanmu kau tersiksa
Menahan perit dalam setia
Engkau menghitung segala hari
Tanpa benci dan sakit hati
Betapa teguh
Bergetar bibir memanggilku
Kekayaan akan hilang
Biar bertahun dikumpulkan
Perjalanan ini amat jauh
Untuk mencari cinta
Kekesalan yang kurasa
Memaksa aku kembali
Memohon belas darimu
Andai ada kasihmu
Engkau hukumlah aku menanti
Dengan relanya ku tanggung semua
Berikan aku
Rahsia keteguhan cintamu (2X)
Dari album : “Karisma” (1990)
Keluaran : 1990
Penerbit : M. Nasir
Terbitan & Edaran : BMG Pacific Sdn Bhd
Orang Timur [M. Nasir / Usop - 3.40]
Pernahkah kau fikirkan
Dari mana asalmu
Wahai orang-timur
Apakah yang tersirat
Pada batu bersurat
Cuba kau firasat
[Chorus]
Wahai orang-orang timur
Singkaplah sejarahmu
Cari kuncinya
Wahai orang-orang timur
Timurkanlah barat
Agar tak tersesat
Matahari semakin meninggi
Dan bulan telah kesiangan hari
Kau masih lagi memuji pelangi
Konon mencari cahaya emas
Dari album : “Fenomena” (1989)
Keluaran : 1989
Penerbit : M. Nasir
Terbitan : Go-Search Sdn Bhd
Malam [M. Nasir - 4.38]
Malam
Bila rinduku bertambah dalam
Kau datang lagi dengan kenangan
Oh betapa dinginnya malam ini
Kasih
Bila malam ku bertambah kelam
Seribu kisah melintas mata
Dan malam ini sungguh mencengkam
( korus )
Bila malam
Tiap kali ku pandang semalam
Resahku sering menjadi dendam
Oh hatimu ku rasakan dingin
Dan malam adalah masa yang membawa kesan
Pada diriku yang kesepian
Kini ku tenggelam di bawah alunan ombak malam
Oh malam
Dan malam
Hingga dikau datang dan bicara
Dan datanglah pada hamba
Mengapa dia pergi membawa hati ini
Oh mengapa
Oh malam
Dari album : “Fenomena” (1989)
Keluaran : 1989
Penerbit : M. Nasir
Terbitan : Go-Search Sdn Bhd
Gadis Misteri [M. Nasir / S. Amin Shahab - 5.28]
Lama...
Aku menanti
Musim...
Saling berganti
Mekar layu
Dipinggir waktu
Lama...
Aku mencari
Dalam angan dan mimpi
Keujudan
Gadis misteri
Berbagai bentuk dan rupa
Bermain diruang mata
Siapa... gerangan agaknya
Bukakanlah jendela asmara
Moga terang kamar cintaku
Moga langit menyeri warna
Mewarnakan taman hati ku
Berilah daku sayap impian
Bawalah daku diawangan
Bukakan jendela asmara
Moga ku kenal
Resah dan rindu...
Dari album : “Fenomena” (1989)
Keluaran : 1989
Penerbit : M. Nasir
Terbitan : Go-Search Sdn Bhd
Songsang [Bob / Usop - 4.03]
Helakanlah nafas panjang
Henbuskanlah nafas kencang
Aturkan langkahmu agar
Tak sumbang
Kemaskan dirimu agar
Tak songsang
Kemana perginya
Kau bawa hati
Andainya tersungkur
Kau pasti mati
Siapa saja yang benar
Pasti dipertikaikan
Mana yang lebih suci
Dari sekeping hati yang murni
Dapatkah kau kekalkan
Kejujuran di hati hey!
Atau biarkan saja
Nafsu menghantui dirimu
Dari album : “Fenomena” (1989)
Keluaran : 1989
Penerbit : M. Nasir
Terbitan : Go-Search Sdn Bhd
Pawana [M. Nasir / S. Amin Shahab - 4.13]
Bermula sebuah cerita
Di zaman dulu kala
Mudahnya sederhana kehidupan
Mereka riang sentiasa dan gembira
Tanpa duka
Waktu berpesta pawana pun melanda
Meresap fikiran dan jiwa
Berubahlah semua
Jadi sombong serta alpa
Semua inginkan kuasa
Rebut dengan sengketa
Yang lemah jadi hamba
Berpecah antara mereka
Musnah dihembus pawana
Begitulah kisah hidup
Dari zaman ke zaman
Pawana menghembus akan hati insan
Cinta musnah dihembus pawana
Keinginan menghancur manusia
Dari album : “Fenomena” (1989)
Keluaran : 1989
Penerbit : M. Nasir
Terbitan : Go-Search Sdn Bhd
Bencana [M. Nasir / SISO - 5.44]
Silau mata batin ku menyaksikan
Hujan dosa menikam di umbut kota
Oh...oh...oh...
Dan pasrah pun terpendam
Tak berkesan...oh...
Sepi di langit bertukar
Jadi irama suram
Laut tenang berpusar menelan
Karang yang tajam
Oh...oh...oh...
Bencana pastikan datang
Satu persatu
Ke sayap dunia
Sewaktu
Aku ketakutan
Melihat (menunggu)
Bencana yang datang
Panaskan terasa
Menyapu di muka
Ruoanya diriku (ku ini)
Sedang bermimpi
Ngeri datang menggigit hati
Andai terjadi nanti
Pasti penghuninya
Serangga yang liar
Itu kerana kita
Telah pun di telan
Dunia...
Dari album : “Fenomena” (1989)
Keluaran : 1989
Penerbit : M. Nasir
Terbitan : Go-Search Sdn Bhd
Menara Kesesatan [Search - 6.09]
Dari lembah terasing
Kita di perhatikan
Satu lakunan pentas
Mainan cendekiawan
Inilah sebahagian cara hidup kita
Mempermain dan dipermainkan
Guna dan diguna
Tanpa disedari dan menyedari
Kita di dorong dorong
Dari isu ke isu
Jerumus dan kecewa
Kemudian di selamatkan
Tiada yang pasti
Dari lembah ini
Haluan menuju keruntuhan
Banyak yang kabur
Tanpa disedari semua mimpi
Menara kesesatan
Sempit fikiran
Menara kesesatan
Dalam kerugian
Dari album : “Fenomena” (1989)
Keluaran : 1989
Penerbit : M. Nasir
Terbitan : Go-Search Sdn Bhd
Ku Taklukkan Dunia [Dodo Zakaria / Dani M. - 5.22]
Sejenak ku renungi
Segala yang telah terjadi
Menimpa diri ini
Tapi seakan tak mungkin lagi
merendam membisik membendung birahi
Masih ada kepingan tersisa
Masih ada jua
Masih banyak pula naluri bercinta
Bercumbu rayu denganmu
Oh...dunia...
Tetap ada disini
Ku tak gentar menghadapi
Gelodak hidup ini
Tegar melangkah mencari erti
Di antara badai selalu mengapai
Waktu waktu terus berubah
Cita cita tak akan punah
Hasrat hanya tumbuh hanya satu
Taklukkan dunia
Dari album : “Fenomena” (1989)
Keluaran : 1989
Penerbit : M. Nasir
Terbitan : Go-Search Sdn Bhd
Derap Komando [Search / Wanafisu - 5.12]
Hentak azam pun meronta
Relai rantai kejahilan
Buru petualang bangsa
Di kota
Rempuhkan segala
Dengan Jebat wajar di dada
Perjuangan buat menebus warisan
Warisan komando
Derap komando Genggam tangannya menjulangkan
Kuntum seroja
Lambang restu darinya
Pesan dari ibunya
Komando langakah komando
Kota keparat jadi kota kota keramat
Berkat bakti darinya
Seiring doa bangsanya
Dari album : “Fenomena” (1989)
Keluaran : 1989
Penerbit : M. Nasir
Terbitan : Go-Search Sdn Bhd
Isabella [Search / Bob - 5.08]
Isabella adalah
Kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah
Siang jadi hilang
Ditelan kegelapan malam
Alam yang terpisah
Melenyapkan sebuah kisah...
Terbayang lambaianmu
Salju terbakar kehangatan
Dunia dipenuhi
Warna berseri bunga cinta
Kita yang terlena
Hingga musim berubah
Mentari menyepi
Bernyalalah api cinta
(1)
Dia Isabella
Lambang cinta yang lara
Terpisah kerana
Adat yang berbeza
Cinta gugur bersama
Daun daun kekeringan...
Haluan hidupku
Terpisah dengan Isabella
Tapi aku terpaksa
Demi cintaku Isabella
Moga dibukakan
Pintu hatimu untukku
Akan terbentang jalan
Andainya kau setia
Oh! Isabella....
(Ulang dari 1)
Dari album : “Fenomena” (1989)
Keluaran : 1989
Penerbit : M. Nasir
Terbitan : Go-Search Sdn Bhd
Purnama [Bob - 5.32]
Purnama ku menjelma
Hilanglah gelisah
Lenyaplah rinduku
Di dalam sukma
Aku puja cahayamu
Bersinar berkilau
Terpanah berkhayal
Terbitlah cinta
Tapi kau tertipu cahaya mu itu
Bukanlah rindumu untk diriku
Hanya anganku berkata
Anadinya engkau milikku
Ku jadikan kau
Mahkota utk segalanya
Tapi engkau selalu berpura
Menghilangkan dirimu sentiasa
Kau menjelma ada masanya
Kau berlindung di sebalik sang mega
Dari album : “Fenomena” (1989)
Keluaran : 1989
Penerbit : M. Nasir
Terbitan : Go-Search Sdn Bhd
Fenomena [M. Nasir / Usop - 4.32]
Kau
Genggam perasaanku
Bila kau hampir kepadaku
Kemarau didalam dada
Basah bagaikan disirami
Bayangmu
Sekilas datang
Menggangguku dalam lena
Sulitnya memikirkan
Perasaan ini
Datang kau bawa
Fenomena, dijiwa
Fenomena, kau cipta
Fenomena, indah amat mengasyikkan
Kau
Genggam perasaanku
Bila kau hampir kepadaku
Kemarau didalam dada
Basah bagaikan disirami
Bayangmu
Sekilas datang
Menggangguku dalam lena
Dari album : “Di Pintu Sepi” (1988)
Keluaran : 1988
Penerbit : M. Nasir
Terbitan & Edaran : Polygram Records Sdn Bhd (Malaysia)
Meniti Titian Usang [A. Rahim / M. Nasir - 5.42]
Kertas putih salju
Ku coretkan kedukaanku
Hitam dan kelabu
Adalah warna dalam hidupku
Kejutkanlah aku kawan
Aku sedang bermimpi
Kejutkanlah aku
Yang sengsara dalam mimpi
Gementar kakiku
Meniti titian usang
Berdegup jantungku
Apakah dapat ku ke seberang
Sambutlah tanganku kawan
Aku takut tenggelam
Sambutlah tanganku kawan
Jurangnya sangat dalam
Jurangnya sangat mengerikan
Ramai yang telah kecundang
Dia sedang menunggu
Untuk memimpimku
Diseberang sana
Adanya cahaya
Dari album : “Di Pintu Sepi” (1988)
Keluaran : 1988
Penerbit : M. Nasir
Terbitan & Edaran : Polygram Records Sdn Bhd (Malaysia)
Setelah Hujan [M. Nasir - 4.45]
Dia balik kumpulan awan
Yang berarak
Ada cahaya yang terpancar
Mencelahi warna yang tadinya kelabu
Mega mendung rinduku
Kita nyanyi setelah hujan
Kita mimpi selepas hujan
Dan dari cahaya
Menyuluh ke bumi
Sambil melukis pelangi
Pertumbuhan hijau
Membuka matanya
Dan kehidupan menari
Kita nyanyi setelah hujan
Kita mimpi selepas hujan
Dan aku cinta padamu (3X)
Dari album : "Mentari Merah Diufuk Timur" (1987)
Keluaran : Februari 1987.
Penerbit : M. Nasir
Terbitan & Edaran : Polygram Records Sdn Bhd (Malaysia)
Mentari Merah Di Ufuk Timur [Search - 5.05]
Ada yang tertinggal
Setelah terbenam Mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air dikali
Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Illahi
Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi
Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku
Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada...
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal...(3X)
Dari album : "Mentari Merah Diufuk Timur" (1987)
Keluaran : Februari 1987.
Penerbit : M. Nasir
Terbitan & Edaran : Polygram Records Sdn Bhd (Malaysia)
Mat Rock [M. Nasir - 4.32]
Aduh mama, jangan marah padaku
Aduh mama, jangan rasa tak tentu
Aku tahu kau tak setuju
Rock n' roll jadi pilihanku
Tapi apa boleh buat hanya rock yang ku tahu
Aduh papa (kasih), jangan rasa gelisah
Kata orang jangan cepat terima
Janganlah tuduh melulu
Aku bukanlah kacang hantu
Kalau nak gelar, gelarlah aku mat, mat, mat, mat rock...
Aduh dara, jangan rasa terhina
Bukan maksud membuat engkau malu
Biar pun rambutku panjang
Pakaian lusuh tak keruan
Tapi bukan munafik macam setengah orang
Mat rock. Mat, mat rock!
Mat rock. Mat, mat rock!
Orang kata kita tak betul
Kerna cinta pada rock n' roll
Tapi aku tak peduli aku akan rock sampai tua